Monday, December 13, 2010

aKtiviTi barU saYa

assalamualaikum w.b.t.

seLawaT daN saLam keatas junjuNgan besaR Nabi MUHAMMAD s.a.w ahli keluarga Baginda serta para Sahabat~

entri ari neh dimulakan dengan aktiviti saya ujung minggu lepas..xde apa yg best sangat pon..tp agak best bila leh shopping..hehehe..memula saya bawak mak saya g cari langsir kat NAGOYA...pilih punye pilih xde yg bekenan pon dihati..besa la pompuan kan..xkan puas ati kalu tak pi merayap kedai lain..so saya pon bawak my mum ke KAMDAR..haaaaa kat sini banyak gak laa yg bekenan di hati dia i temani lak my aunt yg sama taste ngan dia,nmpak gaya macam leh selesai sesi langsir..


my mum tgah pilih langsir ngan my aunt






selesai membeli belah yg memakan masa dekat 3 jam di 2 buah gedung membeli belah tu kami bergerak ke rumah kami..nak tgok cemana progress..selama neh duk tau perkembangan melalui my uncle jer...so inilah hasilnye yg saya bole snap...

ni keadaan dapur yg blOm siap ditampal mozek..


ni la lantai umah saya~sume nih idea my uncle yg arkitek tu..dia ckap ni kaler terbaru..hihihihi

ni dinding dapur~totally idea mak saya...dia tak kasi my uncle decorate..hehhe..dia nak idea dia jer..

ni la suasana dari dalam ruang tamu saya..kecik jer umah baru saya..



****************************************
seKian utk eNtri kaLi neh..t saya update lagi yer..hehehe

Saturday, December 11, 2010

raBuN jauH~dekat VS siLaU

SELAIN rabun dekat dan jauh, rabun silau turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.

Bukan saja menyukarkan pengliharan secara normal, rabun silau acapkali mengganggu pemanduan seseorang terutama di waktu malam.

Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr. Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor.

“Kebanyakan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata,” jelasnya.

Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam.

Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan.

“Namun, sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas,” ujarnya.


KEADAAN kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam.


Rozita memberitahu, rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis tersebut adalah pelbagai.

Antara faktornya ialah keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata atau penyakit kornea seperti keratoconus.

“Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah satu perkara luar biasa. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit.

“Bagi pesakit diabetes yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan terlebih dahulu,” katanya.

Bukan fotofobia

Dalam pada itu, Rozita menjelaskan, rabun silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.

Namun ujar Rozita, terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.

“Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia,” terang Rozita.

Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.


PERMUKAAN kornea pesakit astigmatism (kiri) yang berntuk seperti bola ragbi dan tidak sekata.


Senam mata

Selain daripada penggunaan cermin mata, RGP yang menggunakan teknik orthokeratology iaitu memakai kanta sentuh separa keras semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi memperbaiki keadaan rabun tersebut.

“Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia membantu melegakan ketegangan pada otot mata,” katanya.

Bagi kes-kes tertentu, rawatan Photorefractive keratectomy (PRK), Laser-Assisted Sub-Epithelial Keratectomy (LASEK) atau Laser-assisted In Situ Keratomileusis (Lasik) akan digunakan.

“Dalam kes yang serius, pengimplanan kanta atau kornea (Restore) dilakukan bagi memulihkan tahap penglihatan pesakit,” jelasnya.


sOurce : kOsmO

Friday, December 3, 2010

it's cOnt...

1 DiseMber 2010..

bermula la semula status sebagai penganGGur setelah 6 bulan diberi peluang oLeh Khazanah Nasional untuK menimba pengalaman di Malaysia Building Society Berhad..ade jOdoH kita jupa lagi..

bermula hoBi lama yG teLah lama berkubur mengatur intisari rancangan kat Tv tuh..reMote cOntrOl for sure laa aku yG akan Konker..hahaha

bermula rintihan untuk mencari pekerjaan yang sesuai..tp buat masa sekarang aku sibuk mengemas rumah kerana family akan berpindah ke Sg petaNi..so oLeh kerana adeQ beradik akU tak ramai aKu kena la memerah tenaga membantu mak aku menge'pack' barang2.mak aku cakp may b umah kita siap renovate tgah bulan neh..so tak lama da laaa...

bermula laa langkah untuk aku memantapkan stamina.aku kena mula berlari setiap petang..huwaaaa mampukah???mampu atau tidak aku perlu bertindak...

bermula la kedengaran statement yang paling kurang disenangi kedengaran ditelinga aku neh "bila nak kawin???tadak stady boyfrenz ka??''..aduh serabut nya..i'm juz 23th years old...relax laaa..ramai lagi kawan2 aku yg single mingle 25th years oke jer life diorang..tak kurang dengan tu ade lak yang duk nak kenen2kan aku ngan adek ipar laaa..anak diorang laa.....hurrmmmm..

Thursday, November 25, 2010

taHniaH!!


aLamaK!!!peNuh deNgaN kOntrOversI betoi laa lately neh..sume nya gara² pic time kenuri kawen kazen i last week..huwaaaaa..disebabkan i pakai serba putih sume org yg tgok wisHkan selamat pengantin baru!!!!!!!!!!

padahal i dah note kan dah yg album tu album kenuri my kazen....hentikan statement itu..hahaha

ohhhhh tidaaaaakkk!!!!!!hentikan semua ini.eden beLom bersedia lagik yer..hahahaha.macam kelakar je bila baca komen² tuh..

Wednesday, November 24, 2010

Untuk bakal teman hidupku

Bakal teman hidupku,
Aku diamanahkan kepada kamu,
Daripada bapaku sebagai wali,
Kepada kamu sebagai suami.

Bakal teman hidupku,
Maafkan aku jika tak seperti yang kamu mahu,
Maafkan juga segala tingkah laku ku,
Kerana...
Aku juga manusia biasa seperti kamu.

Bakal teman hidupku,
Ku pinta pada mu,
Bimbinglah aku,
Ke jalan yang satu,
Jalan yang lurus walau jauh beribu batu.

Bakal teman hidupku,
Maafkan segala cacat celaku,
Maafkan terkasarnya bahasaku,
Maafkan segala salah silapku.

Bakal teman hidupku,
Hanya satu yang ku pinta darimu,
Jagalah aku,
Sayangilah aku,
Dan...

Jujurlah padaku.

koraNg taU tak??

teRLaLu baNyaK kHasIat sUraH YassIn

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

periNgataN buatKu dan teman²..

Untuk renungan semua,entrI kaLi neH aKu naK mengaJak saMa² kita meLapanGkaN sedIkit masa uNtuK kita mereNunGi sedIkit iLmu yanG IngIn aKu kOngsikaN inI..

Siapakah orang yang sibuk ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

sEsUnggUhnYa ade 12 baRisaN menUjU aKhiraT..mereka iaLah~

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".

Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.

"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar

"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Saturday, November 13, 2010

jagalah marUaH Mu waNita

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...

Friday, November 12, 2010

sYukur keHadrat ILLAHI

aLhamdulillaH sYukur tak terhingga ke hadrat YANG MAHA KUASA...tak terkata semua nya..akhirnya tarikh keramat 11 NOV 2010 berakhir dengan baik...keputusannya pon dah dapat..syukur sesangat..

ucapan terima kasih tak lupa buat mak dan ayah yg endokan kejayaan anakmu ini..sahabat handai yg sentiasa menyokong dan membantu...jasa kalian hanya ALLAH saja mampu balas..

pagi tu kol 6.30 aku da kuar umah..smpai BaLAI POLIS PASIR PUTEH tu aku tgok tadak sapa lagi..aduh takkan sume calon tak sampai lagi..takkan kot..then aku nampak 1 gurl neh ngan mummy dia..member yg baru kenal kat FB's pon baru on the way..hurmm dah kol 7 neh..sepatotonya 7.15 da stat..tak pe la..aku pon ajak gurl yg ngan mummy dia nek kat tempat fizikal test ri tu...

dah lapor diri amek kedatangan sume kami di bawa masuk ke bilik temuduga utk melihat dulu keadaan dan etika masuk bilik temuduga...berdebak debuk jugak menunggu turn..aku org ke 16..aduh sorang2 da kuar..setiap sorang yang da lepas aku tanya soklan apa di tanya..tadak nak malu2 dah...ye la mana tau soklan tu kuar lagi ker tak ke untung aku.hehehe

akhirnya turn aku pon tiba...aku melangkah masuk...

assalamualaikum DATO" SERI...jemput duduk~

first sekali dia suh 'wat r u doing now' aku pon speaking laa..pas tu please tell about ur self..

kemudian soklan bertukar ke panel kedua...
** bole cik terang kan apa itu internet??
**siapakah yg layak utk mengundi?
**berikan nama perdana menteri berserta gelaran..masa neh aku lupa lak TUN HUSSIN onn ialah bapa perpaduan..tp DATO neh baek..kalu silap dia gtau jawapan..hehehe

selesai jawab pindah ke panel ke 3 lak..

**kali neh lebih kepada PDRM
DATO tu kata ada 1 peristiwa sebuah balai diserang di JOHOR..apakah nama balai tersebut?
memandangkan awak anak anggota polis mesti awak slalu tgok insigna polis..bole awak jelaskan maksudnya??
aduh..bab neh aku study cket2 jaa..mmg aku men hentam jer..ahahaha.last skali aku ckp kat bawah logo tu ade tulis tepat adil berhemah..datok tuu cuba provok aku..aku ckap sya yakin dengan keputusan saya datok.ari2 saya tgok..hahaha. dia ckp oke t kuar awak tgok tulis pa then masuk blik gtau jawapan..

daLam 5 minit menanti jawapan...setiausaha tu pon masuk...katanya~ terima kasih kerana berminat utk menyertai pasukan ini..dan sanggup meluangkan masa utk temuduga hari ni..saya harap awak bole trima apa jua keputusan dari saya..perghhh..da macam dalm AF lak rasa...TAHNIAH cik CALON SESUAI...
alhamdulillaH sesaNgat..rasa mcm nak jatUh air mata time tuh!!





Tuesday, November 9, 2010

waNita


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Saturday, November 6, 2010

mOtivasI (*_*)

Dua Tiga meNjaK ti teTiba rasa mCm dOwn jer..perLu meNcari kOnKLusi nye..aKu pOn kODek2 la kat dLm teNet neH apa2 mOtivasI tOk builD up myself..kodeK puNye kOdeK aKu pOn jupa La 1 mOtivasI dri mOtivatOr terkenaL DR fazLi..meH kita shAre sesaMa....



kata dia::



01- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupun tidak kelihatan cantik ia tetap mempunyai berjuta makna.

02- Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.

03- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.

04- Tujuan saya dalam hidup ialah berpegang pada diri sendiri walau apapun yang berlaku, dan bukan mementangnya.

05- Takdir yang tertinggi seorang individu ialah untuk memberi khidmat daripada memberi arahan.

06- Ujian keberanian yang paling mencabar dalam hidup ialah bukan menghadapi kematian sebaliknya menilai kehidupan itu.

07- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda bermula.

08- Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya.

09- Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepluh batang jarinya.

10- Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.

11- Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

12- Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.

13- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat percaturan kehidupan.

14- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan kesyurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.

15- Pilihlah persahabatan itu erlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

16- Apabila anda bermusafir atau mengembara ke negeri orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia menghilangkan kebosanan.

17- Orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidakberilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri.

18- Manusia yang sering meletakkan kesalahan dibahu orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.

19- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.

20- Adalkala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. Kebenaran akan terserlah melalui kejujuran setiap tindakkan.

21- Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.

22- Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti itu kalau kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.

23- Ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. Begitulah hubungan seorang ayah dan anaknya. Air dicincang tak akan pupus.

24- Cinta itu bagaikan matahari tersembuyi dibalik awan namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tidak akan hilang selagi memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.

25- Berbudi kepada tanah hasilnya lumayan, berbudi kepada tanahair jasanya dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa tanda kasih seorang anak, berbudi kepada agama hanya Tuhan yang layak membalasnya.

26- Waktu perlu dijaga, andai tidak ia akan jauh dan sukar dikejar, penjelasan perlu menjelaskan apa yang tidak jelas. Waktu itu ia mungkin dijelaskan setelah kita memahami diri masing-masing.

27- Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri kehidupan.

28- Jangan memberi banyak alasan untuk menyelesaikan penangguhan matlamat anda.

29- Latih diri anda supaya berfikir positif dalam masa 7 hari berturut-turut, anda akan dapati suatu perubahan yang amat positif dalam cara berfikir.

30- Mendisiplinkan diri merupakan cara bagaimana anda boleh mematuhi undang-undang/peraturan-peraturan dunia atau pun akhirat.

31- Meletak sejuta usaha lebih baik dari meletak sejuta angan-angan

32- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.

33- Kehiduapan bukanlah kesenangan yang berterusan, tetapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.

34- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupuntidak kelihatan cantik ia tatap mempunyai berjuta makna.

35- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupun tidak kelihatan cantik ia tetap mempunyai berjuta makna.

36- Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.

37- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.

38- Tujuan saya dalam hidup ialah berpegang pada diri sendiri walau apapun yang berlaku, dan bukan mementangnya.

39- Takdir yang tertinggi seorang individu ialah untuk memberi khidmat daripada memberi arahan.

40- Ujian keberanian yang paling mencabar dalam hidup ialah bukan menghadapi kematian sebaliknya menilai kehidupan itu.

41- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda bermula.

42- Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya.

43- Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepluh batang jarinya.

44- Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.

45- Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

46- Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.

47- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat percaturan kehidupan.

48- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan kesyurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.

49- Pilihlah persahabatan itu erlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

50- Apabila anda bermusafir atau mengembara ke negeri orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia menghilangkan kebosanan.

51- Orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidakberilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri.

52- Manusia yang sering meletakkan kesalahan dibahu orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.

53- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.

54- Adakala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. Kebenaran akan terserlah melalui kejujuran setiap tindakkan.

55- Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.

56- Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti itu kalau kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.

57- Ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. Begitulah hubungan seorang ayah dan anaknya. Air dicincang tak akan pupus.

58- Cinta itu bagaikan matahari tersembuyi dibalik awan namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tidak akan hilang selagi memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.

59- Berbudi kepada tanah hasilnya lumayan, berbudi kepada tanahair jasanya dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa tanda kasih seorang anak, berbudi kepada agama hanya Tuhan yang layak membalasnya.

60- Waktu perlu dijaga, andai tidak ia akan jauh dan sukar dikejar, penjelasan perlu menjelaskan apa yang tidak jelas. Waktu itu ia mungkin dijelaskan setelah kita memahami diri masing-masing.

61- Kegagalan adalah permulaan bagi menimba pengalaman untuk berjaya. Bangkitlah dan jangan ulangi kesilapan yang sama, belajar untuk lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

62- Perasaan marah, tertekan atau sedih adalah apa yang anda beritahu kepada diri sendiri. kaji semula kemahuan anda. Kesempurnaan? Rasa anda tahu tentang segalanya? Ia mungkin puncanya.

63- Ikut kata hati pertama dalam membuat keputusan, kerana bisikan kata hati kedua kerap disulami keraguan dan kata hati ketiga pula terselit lafaz dari pujukan nafsu.

64- Ketawa melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan stress dan menggalakkan pengeluaran endorphins, bahan kimia semulajadi untuk awet muda.

65- Sifat malas akan menyebabkan kita suka menangguh kerja, melalaikan kita, membuat kita sering lupa membuat sesuatu dan membuat kita jauh ketinggalan dengan orang yang telah berjaya.

66- Rajin terbahagi kepada dua, rajin yang ikhlas dan rajin yang menunjuk-nunjuk. Uasha biarlah ikhlas untuk kebaikan diri dan bukannya untuk mempopularkan diri dengan kerajinan sementara.

67- Sering mengeluh? Keluhan itu sebenarnya menjadi benteng keberkesanandiri, seolah-olah telah kalah sebelum berjuang. Bersyukurlah kepada Allah kerana masih mampu hidup dimuka bumi ini.

68- Waktu perlu dijaga, andai tidak ia akan jauh dan sukar dikejar. Penjelasan perlu bagi menjelaskan apa yang tak jelas. Waktu itu ia mungkin dijelaskan setelah kita memahami diri masing-masing.

69- Berbudi kepada tanah, hasilnya lumayan. Berbudi kepada tanah air, jasanya dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa, tanda kasih seorang anak. Berbudi kepada agama, hanya Tuhan yang layak membalasnya.

70- Cinta itu bagaikan matahari tersembunyi di balik awan namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tak akan hilang selagi masih memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.

71- Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, padahal kita mampu menjadi seperti itu jika kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.

72- Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.

73- Adakala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. kebenaran akan terserlah melalui kejujuran dalam setiap tindakkan.

74- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal, kelak binasa diri. hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan buruk.

76- Apabila anda bermusafir/mengembara ke tempat orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia akan menghilangkan kebosanan.

77- Pilihkah persahabatan itu berlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan/kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

78- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu. Ketahuilah bahawa tiada jalan kesyurga seandainya keredhaan ibu tidak diperolehi.

79- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi begitu jugalah sebaliknya.

80- Manusia yang sering meletakkan kesalahan di bahu orang lain tanpa menyiasat/meneliti terlebih dahulu maka dia sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.

81- Bangitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.

82- Hormatilah pandangan orang lain jika anda mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

83- Kegembiraan bukanlah satu destinasi tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.

84- Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepuluh batang jarinya.

85- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda harus bermula.

86- Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan kejayaan akan menjadi milik anda.

87- Hampir 95% segala sesuatu yang anda fikirkan dan rasakan adalah kebiasaan dan otomatis ditentukan oleh perilaku-perilaku dan pengalaman-pengalaman di masa lalu.

88- Orang-orang yang sihat dan bahagia adalah mereka yang menghadapi kenyataan-kenyataan hidup mereka secara langsung. Namun tidak berharap hal itu berubah secara langsung.

89- Ramai orang yang boleh membeli jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai yang boleh menepati masa yang berharga.

90- Dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apa yang disuruh.

91- Kemahuan itu merupakan perkara penting, Ada bakat pun jika tiada kemahuan dan kesungguhan kita tidak boleh berjaya.

92- Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakkannya.

93- Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari berbagai alasan.

94- Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

95- Jika yujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

96- Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah

97- Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

98- Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang.

99- Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah sebelum berjuang.

100- Anda tidsk boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya barulah pengalaman itu datang

Sunday, October 24, 2010

bowiNk

ermmm..weekend sangat la membosankan kalu time tadak duit..kalu ade duit bOleh jugaK aku meraYau2..housemate aku bagi tiket wayang free pon aku tak leh pi tgok..nak tau kenapa??kalu da kuar mesti la nak bayar duit tren~makan~paling kurang pOn for sure la rm20 gak bes..tu tak temasuk pape2 yg menarik perhatian aku utk beli..sO the best solution is i'm juz stay at hoMe... cadaNgnye tu naK study la..ahakkkss..koNonnyer..tp bila aku da buka Fb's..ermmm pakai study ntah kemana laaa..menghadap tu lelama tak lak aku bOsan.. naPe aku nak kena study??sebab aku layak ke temuduga Inspektor pOlis..jadik cewek pOlisi gitu..hehehehe..bLom tentu lagi laaa..tmbhan lak kalu bukak sal fakta trus aku ngantOk..hahaaha.. ade la aku baca sikit sal AGAMA~POLITIK and BAHAGIAN PDRM..kau rasa otak aku da tepu nak trima benda2 neh..ni blom lagi aku buka sal PENUBUHAN MALAYSIA..YA ALLAH permudahkan laa urusan aku neh..daripada tips2 dari kawan2 aku dari JOhor n Penang sOklaN dia bLeh aku kategorikan daLam gOlolngan KILLER gak rrr...riso aku..

Friday, October 22, 2010

makin teraSa

bahang temuduga inspektor poLis lelaki/wanita sedang hangat di jalankan seluruh malaysia..setiap ari kat pOrtal pDRM mcm2 pengalaman yg telah mereka lalui..tak kurang jugak ade yg berkongsi soklan yg di tanya semasa tebiu mereka..i'm really appreaciate to them...tapi walaupOn da baca tips2 tu aku masih terasa kekurangan nya..self esteem akan datang dengan tiba2.. hurmmm..risO laa.rasa mcm banyak benda je tak tao.rasa mcm lost or blank seketika..paling aku risokan ialah aku blank mcm time aku temuduga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi ri tu...aku memang serius ketaQ2 n bLur2..OMG!!harap kejadian tu tak jadi la kali neh..aku mengharap sangat berjaya kali neh.. ...ade yg dapat dan ada yg gagal.ooowwhhh lagi2 la aku tambah2 riso..besfrenz aku pesan jangan mengharap sangat..kalu tak dapat mesti ada hikmahnya... kat sini aku bagi antara sOklan ynG aku kumpuL dari kawan2 aku yg dah pegi tebIu tu..

****satu sesi temuduga ada 20 candidates... saya dapat giliran no. 7... soalan pertama...apa saya buat sekarang... bapa gaji skrg..sudah bapa lama keja..ayah keja apa? mula la soalan merapu... terangkan mbe, apa itu adun, sapa bole jadi p.menteri.. apa yang kamu paham tntg kebebasan beragama.. sapa amik kos finance, marketing, account...rajin2 amik tau pasal dunia global...(di ingatkan suma dalam b.i) panel kedua... terangkan jabatan yg ada dlm polis.. apa beza setiap jabatan.. kpn dan t.kpn baru.. rakan cop.. bapa no rakan cop...ada daftar rakan cop or tidak... sapa yg mask dulu kalau da rusuhan berlaku.. polis di bawah kementerian mana.. sapa menteri dan timbalan nye...apa tugas polis.... panel ketiga... bapa rukun iman..terang kan apa yg kamu paham qada n qadar..

Monday, October 18, 2010

miLiK kita BuKaN haK kita

ari neH sangaT menyedehkan bagi aku..tdi time nak kuar lunch tetiba...aik????mana pegi nya duit aku???arggghhh!! setahu dan seingat ingatan aku la semalam lepas beli starch yg berjumlah rm 23.60 duit aku masih berbaki rm26.4..then aku beli aIr rm3..masih adE rm 23..dah seingat aku jugak dalam handbag aku masih ade lagi sehelai rm 50..kemanakah ia sumer???
aku nak pegi luncH neh.....ya ALLAh..ujian Mu di saat aku kelaparaN..trus iLang seLara aku??aku masih lagi mencari tetapi tak ku temui jugak..yg ada hanya lah resit pembelian semalam...hurrrmm pelik..padahal resit tu aku gulung bersama ngan duit merah....dah la duit tu jer aku ade sampai ujung bulan neh??
takkan aku nak mintak kat family aku?? Ya aLLah..berilah kekuatan kepada hambaMu ini...

Saturday, October 16, 2010

buSan

hurmm..daH tengah maLam..tapi mata still tak ngaNtOk lagi..kalu harI keja jangan harap la nak stay sampai mcm neh..lepas sOlat isYak jer trus masUk mimpi...walaupOn tak nagntOk sangat rasa nak tidoQ tu membuak2 jer rasa..tak tOw nak wat apa daa...

cadangnye sOk nak jOg...sanggup ooo tdi petang pegi beli kasUt sPort kat BATA dengan harge RM60..tak taU laaa..kalu benda yg aku betOL2 nak ssh nak halang aku dari membelinya..padahal duit bukan byak g dah nak tahan tOk ujung bulan...tapi aku kena gak Jog...da ramai Org teGur napa makin kembang~ada yang sOpan cket kata nampak bulat..Oh nOOOO.....