Wednesday, July 4, 2012

maaFkan saYa

maafkaN saYa andai ada Butir bIcara saYa membuatkan ketidakselesaan

maafkaN saYa kiranya pErbuataN saya mEnjengKeLkan

maafkaN saya jIka paNdanGan mata saYa merimAskan

maafkan saya kaLau keHadiran saya menYesakkan..


saYa haNya iNsan kErdiL

saYa seNtiasa MeNeriMa teguran daN naSihat

saYa aKui saYa selaLu aLpa

 saYa poHon inGatkaN saYa jIka tErsasaR

 

   

Wednesday, February 9, 2011

bengkaK leLangIt

first skali bila tgok tajuk mesti org ketawa kan..tak pon senyum tersimpul-simpul..ye laa dah tua2 pon xkan nak kecoh2 bnda small mcm neh...

hurm..betapa azabnye rasa..kejadian bermula malam semlam lagi xtau kenapa tiba2 rasa meyucuk-nyucuk je kat blakang gigi depan dan keatas..rasa mcm di siat2 jaa..mulut pon rasa kembang ajo..huhuhu...dah la sakit den penangan lelangit yg berdenyut..kepala lak nak berkongsi rasa ngan lelangit..jadi secara tak langsung kepala pon turut sama sakit..huwaaaa.

dah banyak entri kot2 ade petua sbelom kol 7 pagi sok,,dah tak tahan doe..mak kata badan kurang air..hurmm so Puan Emak mengesYorkan supaya menyapu BONJELA yg mmg tersedia dlm first aid..sapu2 jer perghhh pedih siot..

harap leh bertahan till sok..b4 jupa doktor..

Monday, January 24, 2011

rahsia!!!!



assaLamuaLaikuM...saLam sEjaHteRa..saLam 1MaLaysia...
leTeLy neh daH taK tau nak wat apa..Facebooking pon mcm dah tak berapa menarik perhatian...then kodek2 la kat 1 application neh...mcm best je bila baca kat wall diaorang..sal rahsia tarikh lahir dari dr FadzillaH Kamsah yg terkenal tu....opkoss la kenal kan??heheehe..so jOm vieW apa kata BeliaU tg buLan keLahiran saYa iaitu bUlaN OktoBer~



so..begitu la ceritanya..tahap kebenarannya 88% ade la..selebehnya cuma mencantikkan aje..hehehe sekian tok entri neh..hhehee

Thursday, January 13, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW


Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)



Sunday, January 2, 2011

duakosongsatusatu

Bismillahirrahmanirrahim...

aLhamdulillaH kerana ku masih bernafas dan masih sempat menjengah tahun 2011~

tahun 2011 penuh dengan perancangan untuk memantapkan prestasi diri..setelah cukup sebulan menganggur di rumah,kebosanan mula terasa..tp sabar je la di hati neh..kang mrungut mak kecik ati lak..sabar je laaa nak tggu bulan MAC.. (perfghhh..lama lagi tu)

2011 bermakna umoQ pon da makin mningkat laa..means da jadi BELIA sejati..hahaha (apa den merapu neh?suka ati laaa)

okey laa...ni je entri tok kali neh..daaaaa

Monday, December 13, 2010

aKtiviTi barU saYa

assalamualaikum w.b.t.

seLawaT daN saLam keatas junjuNgan besaR Nabi MUHAMMAD s.a.w ahli keluarga Baginda serta para Sahabat~

entri ari neh dimulakan dengan aktiviti saya ujung minggu lepas..xde apa yg best sangat pon..tp agak best bila leh shopping..hehehe..memula saya bawak mak saya g cari langsir kat NAGOYA...pilih punye pilih xde yg bekenan pon dihati..besa la pompuan kan..xkan puas ati kalu tak pi merayap kedai lain..so saya pon bawak my mum ke KAMDAR..haaaaa kat sini banyak gak laa yg bekenan di hati dia i temani lak my aunt yg sama taste ngan dia,nmpak gaya macam leh selesai sesi langsir..


my mum tgah pilih langsir ngan my aunt






selesai membeli belah yg memakan masa dekat 3 jam di 2 buah gedung membeli belah tu kami bergerak ke rumah kami..nak tgok cemana progress..selama neh duk tau perkembangan melalui my uncle jer...so inilah hasilnye yg saya bole snap...

ni keadaan dapur yg blOm siap ditampal mozek..


ni la lantai umah saya~sume nih idea my uncle yg arkitek tu..dia ckap ni kaler terbaru..hihihihi

ni dinding dapur~totally idea mak saya...dia tak kasi my uncle decorate..hehhe..dia nak idea dia jer..

ni la suasana dari dalam ruang tamu saya..kecik jer umah baru saya..



****************************************
seKian utk eNtri kaLi neh..t saya update lagi yer..hehehe

Saturday, December 11, 2010

raBuN jauH~dekat VS siLaU

SELAIN rabun dekat dan jauh, rabun silau turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.

Bukan saja menyukarkan pengliharan secara normal, rabun silau acapkali mengganggu pemanduan seseorang terutama di waktu malam.

Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr. Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor.

“Kebanyakan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata,” jelasnya.

Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam.

Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan.

“Namun, sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas,” ujarnya.


KEADAAN kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam.


Rozita memberitahu, rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis tersebut adalah pelbagai.

Antara faktornya ialah keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata atau penyakit kornea seperti keratoconus.

“Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah satu perkara luar biasa. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit.

“Bagi pesakit diabetes yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan terlebih dahulu,” katanya.

Bukan fotofobia

Dalam pada itu, Rozita menjelaskan, rabun silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.

Namun ujar Rozita, terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.

“Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia,” terang Rozita.

Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.


PERMUKAAN kornea pesakit astigmatism (kiri) yang berntuk seperti bola ragbi dan tidak sekata.


Senam mata

Selain daripada penggunaan cermin mata, RGP yang menggunakan teknik orthokeratology iaitu memakai kanta sentuh separa keras semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi memperbaiki keadaan rabun tersebut.

“Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia membantu melegakan ketegangan pada otot mata,” katanya.

Bagi kes-kes tertentu, rawatan Photorefractive keratectomy (PRK), Laser-Assisted Sub-Epithelial Keratectomy (LASEK) atau Laser-assisted In Situ Keratomileusis (Lasik) akan digunakan.

“Dalam kes yang serius, pengimplanan kanta atau kornea (Restore) dilakukan bagi memulihkan tahap penglihatan pesakit,” jelasnya.


sOurce : kOsmO