Monday, December 13, 2010

aKtiviTi barU saYa

assalamualaikum w.b.t.

seLawaT daN saLam keatas junjuNgan besaR Nabi MUHAMMAD s.a.w ahli keluarga Baginda serta para Sahabat~

entri ari neh dimulakan dengan aktiviti saya ujung minggu lepas..xde apa yg best sangat pon..tp agak best bila leh shopping..hehehe..memula saya bawak mak saya g cari langsir kat NAGOYA...pilih punye pilih xde yg bekenan pon dihati..besa la pompuan kan..xkan puas ati kalu tak pi merayap kedai lain..so saya pon bawak my mum ke KAMDAR..haaaaa kat sini banyak gak laa yg bekenan di hati dia i temani lak my aunt yg sama taste ngan dia,nmpak gaya macam leh selesai sesi langsir..


my mum tgah pilih langsir ngan my aunt






selesai membeli belah yg memakan masa dekat 3 jam di 2 buah gedung membeli belah tu kami bergerak ke rumah kami..nak tgok cemana progress..selama neh duk tau perkembangan melalui my uncle jer...so inilah hasilnye yg saya bole snap...

ni keadaan dapur yg blOm siap ditampal mozek..


ni la lantai umah saya~sume nih idea my uncle yg arkitek tu..dia ckap ni kaler terbaru..hihihihi

ni dinding dapur~totally idea mak saya...dia tak kasi my uncle decorate..hehhe..dia nak idea dia jer..

ni la suasana dari dalam ruang tamu saya..kecik jer umah baru saya..



****************************************
seKian utk eNtri kaLi neh..t saya update lagi yer..hehehe

Saturday, December 11, 2010

raBuN jauH~dekat VS siLaU

SELAIN rabun dekat dan jauh, rabun silau turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.

Bukan saja menyukarkan pengliharan secara normal, rabun silau acapkali mengganggu pemanduan seseorang terutama di waktu malam.

Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr. Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor.

“Kebanyakan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata,” jelasnya.

Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam.

Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan.

“Namun, sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas,” ujarnya.


KEADAAN kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam.


Rozita memberitahu, rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis tersebut adalah pelbagai.

Antara faktornya ialah keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata atau penyakit kornea seperti keratoconus.

“Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah satu perkara luar biasa. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit.

“Bagi pesakit diabetes yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan terlebih dahulu,” katanya.

Bukan fotofobia

Dalam pada itu, Rozita menjelaskan, rabun silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.

Namun ujar Rozita, terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.

“Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia,” terang Rozita.

Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.


PERMUKAAN kornea pesakit astigmatism (kiri) yang berntuk seperti bola ragbi dan tidak sekata.


Senam mata

Selain daripada penggunaan cermin mata, RGP yang menggunakan teknik orthokeratology iaitu memakai kanta sentuh separa keras semalaman bagi membentuk semula kornea menjadi rawatan alternatif bagi memperbaiki keadaan rabun tersebut.

“Teknik senaman yang dikenali Eye-Robic merupakan pilihan terbaik dalam merawat permukaan kornea dan kanta ini. Malah, ia membantu melegakan ketegangan pada otot mata,” katanya.

Bagi kes-kes tertentu, rawatan Photorefractive keratectomy (PRK), Laser-Assisted Sub-Epithelial Keratectomy (LASEK) atau Laser-assisted In Situ Keratomileusis (Lasik) akan digunakan.

“Dalam kes yang serius, pengimplanan kanta atau kornea (Restore) dilakukan bagi memulihkan tahap penglihatan pesakit,” jelasnya.


sOurce : kOsmO

Friday, December 3, 2010

it's cOnt...

1 DiseMber 2010..

bermula la semula status sebagai penganGGur setelah 6 bulan diberi peluang oLeh Khazanah Nasional untuK menimba pengalaman di Malaysia Building Society Berhad..ade jOdoH kita jupa lagi..

bermula hoBi lama yG teLah lama berkubur mengatur intisari rancangan kat Tv tuh..reMote cOntrOl for sure laa aku yG akan Konker..hahaha

bermula rintihan untuk mencari pekerjaan yang sesuai..tp buat masa sekarang aku sibuk mengemas rumah kerana family akan berpindah ke Sg petaNi..so oLeh kerana adeQ beradik akU tak ramai aKu kena la memerah tenaga membantu mak aku menge'pack' barang2.mak aku cakp may b umah kita siap renovate tgah bulan neh..so tak lama da laaa...

bermula laa langkah untuk aku memantapkan stamina.aku kena mula berlari setiap petang..huwaaaa mampukah???mampu atau tidak aku perlu bertindak...

bermula la kedengaran statement yang paling kurang disenangi kedengaran ditelinga aku neh "bila nak kawin???tadak stady boyfrenz ka??''..aduh serabut nya..i'm juz 23th years old...relax laaa..ramai lagi kawan2 aku yg single mingle 25th years oke jer life diorang..tak kurang dengan tu ade lak yang duk nak kenen2kan aku ngan adek ipar laaa..anak diorang laa.....hurrmmmm..